Wednesday, 10 July 2019

GURAH VS RESDUNG

Alhamdullilah.

Kembara Ghurah Therapy

Apa itu rawatan Ghurah?

Ghurah adalah cara membersihkan dan mengeluarkan lendir yang kotor, beracun dan mengandungi pelbagai kuman .

Caranya?

Dengan menitiskan ramuan khusus ke dalam hidung.

Khasiat ramuan tadi membuat semua saraf tubuh bertidak membantu mengeluarkan lendir kotor yang mengandungi kuman penyakit dan racun dari kopi, rokok, alkohol, udara yang kotor, dll.

Lendir akan keluar melalui rongga hidung dan mulut sehingga seluruh pernafasan, pencernaan akan bersih dan lapang.

Apa rasanya?

Proses gurah ini tidak sakit tapi hanya akan memberi rasa tidak selesa dan sedikit pedih pada tekak dan hidung. Namun, ini hanya berlangsung sewaktu rawatan. Setelah semua lendir sudah keluar dan pesakit dapat bernafas dengan betul, rasa pedih akan hilang.

Berapa lama sesi rawatan Ghurah?

Rawatan ini memerlukan waktu antara 30minit hingga 1 jam.
Bagaimana rawatan ini dilakukan?

Rawatan ini akan di adakan sewaktu pesakit bertiarap di atas lantai atau duduk. kepalanya harus didongakkan ke atas. Kemudian perawat akan menitiskan ubat ramuan khusus ke dalam lubang hidung dan tahan untuk beberapa saat, kemudian dia harus tundukkan mukanya. Nafas melalui mulut dan tunggu hingga lendir keluar melalui hidung dan mulut.

Apa yang akan dirasakan oleh pesakit?

Pada mulainya, hidung akan terasa seperti tersumbat dan tekak terasa pedih. Air mata pesakit akan dengan sendirinya keluar dan pesakit akan mula bersin dengan banyak sekali. Proses ini tidak menyakitkan cuma pesakit akan rasa kurang selesa.

Pantang larangnya?

Sebelum: Elakkan makan makanan berat sebelum rawatan.

Sesudah: Pada hari rawatan dan dalam tempoh 1 hari selepas rawatan ini, pesakit dikehendaki mengelak makanan yang pedas, dan minuman yang terlalu panas atau terlalu sejuk.

 


Nampak GELI tapi nilai terapi ghurah
semakin mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan masyarakat hari ini.Mana tidaknya,takkan tiada satu solusi yang selamat untuk membantu mereka yang dibelenggu oleh simptom seperti:-

😣Kerap bersin di waktu pagi/malam
😣Alahan terhadap suhu dan persekitaran
😣Sering merasa hidung tersumbat
😣Kesukaran bernafas pada satu-satu masa
😣Merasa gatal pada kawasan rongga hidung
😣Merasa perit atau pedih antara mata dan kepala
😣Dll lagiii...

PERSOALANNYA SAMPAI BILAAAAA⁉️⁉️⁉️

Alhamdulillah mari kita CUBA dengan perawatan Terapi Ghurah.Satu terapi yang sedang berkembang di zaman milenium ini dan inshaallah akan menjadi permintaan yang tinggi dalam kalangan perawatan pilihan.



No comments:

Post a Comment

Bekam dan Akupuntur Lutut

🍀Masalah sakit sendi lutut adalah suatu penyakit yang semakin popular di kalangan masyarakat kita. ada yang berpunca dari kerad...