Thursday, 9 January 2025

Bekam dan Akupuntur Lutut


🍀Masalah sakit sendi lutut adalah suatu penyakit yang semakin popular di kalangan masyarakat kita. ada yang berpunca dari keradangan/ radang rawan sendi lutut (osteoarthritis) . Ada juga yang berpunca dari kecederaan sukan dan ligamen koyak menyebabkan ketidakstabilan sendi lutut.

#bekamlutut #sakitlutut 
#bekamWanita
#bekamIkhtiar

Friday, 14 August 2020

HIJAMA VS HIPERTENSI

 HIJAMA VS HIPERTENSI


Hipertensi adalah penyakit sistem vaskular yang ditandai dengan bacaan tekanan darah 140/90 mmHg dan keatas secara konsisten ketika berehat. Pada peringkat awal,  ia amat jarang menunjukkan sebarang gejala. Hanya 20% daripada pengidap hipertensi menunjukkan gejala seperti sering sakit kepala, sakit atau tegang bahagian tengkuk, pening dsbnya. Manakala 80% lagi pengidap hipertensi tidak menunjukkan sebarang gejala. Oleh sebab lebih ramai pengidapnya yg tidak menunjukkan sebarang gejala, maka hipertensi sering digelar sebagai "pembunuh senyap". Jika tekanan darah tinggi tidak dikawal atau dirawat, dalam jangkamasa panjang ia boleh menyebabkan strok, serangan jantung, aneursym, kegagalan jantung, masalah penglihatan, masalah ginjal dsbnya. Pada peringkat akhir di mana tekanan darah mencecah sehingga 180/120mmHg ("Hypertensive Crisis"), segelintir pesakit akan mula mengalami sakit dada, sesak nafas, hidung berdarah, mual atau.muntah,  mata kabur, kaki atau tangan lemah, sawan, tidak sedar diri dsbnya. Pada peringkat ini doktor memberi nasihat agar pesakit SEGERA dibawa ke hospital untuk rawatan kecemasan dan pemantauan rapi bagi mengelak komplikasi² yang lebih teruk. Antara penyebab² atau faktor² risiko hipertensi adalah seperti merokok, obesiti, kurang bersenam, terlalu banyak garam dan lemak dalam diet, stress, berusia, genetik dsbnya. Selain perubahan cara hidup, antara ubatan yang selalu diberikan oleh doktor mengawal tekanan darah tinggi adalah seperti Thiazide diuretics, Angiotensin-converting enzyme (ACE) inhibitors, Angiotensin II receptor blockers (ARBs) dan  Calcium channel blockers. 


Selain rawatan konvensional,  terapi bekam juga boleh menjadi antara rawatan alternatif pada peringkat seawal pra-hipertensi lagi (tekanan sistolik antara 120–139mm Hg atau tekanan diastolik antara 80–89 mm Hg). Dengan kawalan diet dan stress, senaman regular, penurunan berat badan yang berlebihan, berhenti merokok. berhenti mengambil alkohol dsbnya, terapi bekam didapati berkesan menurunkan tekanan darah secara berperingkat dengan ketara. Kajian (Randomize Control Trial) kesan bekam keatas hipertensi pernah dilakukan oleh Prof. Dr Abdul Aziz Al Safi pada 2011-2014 keatas 62 orang di mana mereka dibahagikan kepada 2 Kumpulan. Kumpulan pertama (Intervensi) adalah mereka yang hanya menjalani terapi bekam sahaja, manakala kumpulan kedua (Kawalan) terdiri daripada mereka yang hanya memakan ubat darah tinggi sahaja. Beberapa siri bekam dengan kekerapan sebulan sekali telah dilakukan. Seawal bulan pertama lagi, Kumpulan intervensi (bekam) secara purata menunjukkan penurunan tekanan darah tinggi dengan ketara berbanding Kumpulan Kawalan yang hanya makan ubat sahaja. Beberapa kajian yang lain juga menunjukkan bahawa bekam mempunyai potensi dan kesan² positif ketara dalam mengawal tekanan darah tinggi.


Apakah kemungkinan mekanisme² bekam dalam mengawal tekanan darah tinggi?


Pertama: Penyingkiran sejumlah cecair mengandungi lebihan sodium (salt-Induced Hypertension) melalui bekam darah membantu mengurangkan lebihan isipadu cecair di dalam tubuh sekaligus mengurangkan ketegangan berlebihan pada pembuluh darah yang menuju ke organ ginjal punca peningkatan tekanan darah.


Kedua: Tusukan jarum atau sayatan pisau bekam kepada permukaan kulit merangsang otak untuk melepaskan hormon endorphin kepada reseptor² opiod sehingga menimbulkan efek relaksasi sekaligus menurunkan tahap stres. Kesannya tekanan darah tinggi yang berpunca daripada stress (Stress-Induced Hypertension) akan mula menurun.


Ketiga: Tekanan negatif yang dikenakan kepada permukaan kulit mengakibatkan pelepasan sejumlah Nitric Oxide (NO)  daripada tisu endotelial pembuluh² darah menyebabkan pembuluh² darah mengembang (dilatasi) seterusnya memberi kesan kepada pengurangan tekanan kepada dinding² pembuluh darah sekaligus boleh membantu mengurangkan tekanan darah tinggi. Pada masa yang sama pelepasan lebih banyak NO ini juga meningkatkan kesan relaksasi yang juga dicetuskan oleh hormon endorphin,  menurunkan lagi tahap stress sekaligus membantu penurunan tekanan darah.


Keempat: Pelepasan lebih banyak renin (angiotensin) oleh ginjal menyebabkan pengecutan pembuluh² darah seterusnya meningkatkan tekanan darah. Penyingkiran sejumlah protein angiotensin (hormon)  melalui bekam darah juga berupaya mengurangkan tahap pengecutan pembuluh darah sekaligus menurunkan tekanan darah.


Kelima: Pengendapan lebihan lemak, kolesterol, kalsium dan bahan² lain  pada dinding pembuluh² darah menyebabkan pembuluh darah menjadi  kurang anjal  dan mengeras (atherosclerosis). Penyingkiran sejumlah lemak, kolesterol kalsium dan bahan² berkaitan boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular termasuk menurunkan tekanan darah secara berperingkat.


P/s: sekiranya tekanan darah konsisten dengan bacaan 180/120mmHg (hypertensive crisis), sila rujuk ke hospital dengan SEGERA. Ia adalah kontraindikasi jelas untuk bekam. Memandangkan bekam berupaya menurunkan tekanan darah tinggi secara drastik, ia dikhuatiri boleh menyebabkan serangan strok (TIA). Di hospital "hypertensive crisis" dirawat dengan ubatan tertentu dengan penuh berhati² melalui formula penurunan 20% - 25% tekanan darah dalam tempoh satu jam, diturunkan perlahan² sehingga  160/100 mmHg dlm tempoh  2 - 6 jam dan disasarkan normal dlm tempoh 24 - 48 jam kemudian, semata² utk mengelak daripada berlakunya strok atau komplikasi² lain.


Medic Sabri


Ref:


1. Cupping for hypertension: a systematic review. Myeong Soo Lee, Tae-Young Choi, Byung-Cheul Shin, Jong-In Kim, Sang-Soo Nam

Clinical and Experimental Hypertension 32 (7), 423-425, 2010


2. The efficacy of wet cupping in the treatment of hypertension. Mohammad Zarei, Shirin Hejazi, Seyed Ali Javadi, Hojatollah Farahani

ARYA Atherosclerosis, 145-148, 2012


3. Effects of wet-cupping on blood pressure in hypertensive patients: a randomized controlled trial. Nouran A Aleyeidi, Khaled S Aseri, Shadia M Matbouli, Albaraa A Sulaiamani, Sumayyah A Kobeisy

Journal of integrative medicine 13 (6), 391-399, 2015


4. Medical and Scientific Bases of Wet Cupping Therapy (Al-hijamah): in 

Light of Modern Medicine and Prophetic Medicine: El Sayed SM


5. Evaluation of bloodletting cupping therapy in the management of hypertension

Moawia M Al-Tabakha, Farah Tariq Sameer, Mai Hafiz Saeed, Rahaf Montaser Batran, Nada Tarek Abouhegazy, Alaa A Farajallah

Journal of Pharmacy & Bioallied Sciences 10 (1), 1, 2018

Saturday, 25 January 2020

Lagi testimoni Bells Palsy



Alhamdulillah...dengan izin Allah...beliau mendapat kesembuhan selepas menjalani 2x rawatan akupunktur dan bekam( by kes)

*telah mendapat keizinan pemilik untuk dikongsi sebagai tesrimoni

Bekam dan Akupuntur Lutut

🍀Masalah sakit sendi lutut adalah suatu penyakit yang semakin popular di kalangan masyarakat kita. ada yang berpunca dari kerad...